Hamba pendosa tulus
terapung dalam takung noda
berdayung tiada daya menjerit hampa
upaya
menggunung hajat mahu dekat terpelihara
Tuhan padam hamba dari senarai celaka
menggunung hajat mahu dekat terpelihara
Tuhan padam hamba dari senarai celaka
ampun kumohon kesekian kalinya
hamba pendosa tulus
dari benua bingung panggung alam
layar gambar
sekejap mendung hambar murung
sekejap menjunjung warna gunungMU
dan segala maya milikMU
Hamba pendosa tulus dari benua bingung
menjejak akhir tanah besar ini,… dan
langit kekal kosong
No comments:
Post a Comment